Rabu, 25 Februari 2009
Keintiman Petanda Sihat
SOALAN:
Saya berumur 41 tahun dan sudah berkahwin. Saya ingin meminta nasihat doktor berkaitan beberapa perkara.
Apakah penyakit sampingan yang wujud jika pasangan kerap melakukan aktiviti seksual selain daripada keletihan? Adakah ia aktiviti sihat?
Adakalanya batang zakar kelihatan kurus atau mengecil daripada keadaan biasa jika tidak diurut sentiasa. Adakah ini masalah biasa atau kerana kekerapan hubungan seksual?
Adakah kekerapan melakukan hubungan seksual akan mengakibatkan perut buncit dan rambut serta penglihatan semakin kurang?
Ingin Tahu
Skudai, Johor
JAWAPAN:
Hubungan seksual dalam pandangan Islam hanya untuk pasangan berkahwin. Ia satu ibadah dan manfaatnya banyak selain mendapat ganjaran bekalan di akhirat.
Ganjaran kesihatan seks tidak terhingga kerana ia satu aktiviti fizikal yang dapat mengawal kesihatan.
Jika dilakukan tiga kali seminggu, dalam setahun dianggarkan pasangan itu membakar kalori ibarat berjoging kira-kira 90 kilometer.
Seks meningkatkan penggunaan oksigen oleh sel dalam badan dan merangsang sistem badan untuk berfungsi dengan hebat lagi.
Seks turut mampu mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik. Kajian juga menunjukkan seks melegakan sakit kepala dan sendi.
Ia melindung pundi prostat daripada tekanan dan mencegah kanser prostat, selain penawar kepada penyakit kemurungan serta melegakan tekanan.
Ia meningkatkan pengeluaran hormon oxitocin yang meningkatkan tahap kemesraan dan keyakinan antara pasangan.
Seks turut meningkatkan pemprosesan hormon wanita yang mengawal kesihatan faraj dan jantung, selain meningkatkan pengeluaran hormon testosterone untuk lelaki.
Seks juga meningkatkan tahap hormon DHEA kepada lima kali ganda dan secara langsung membantu mengukuhkan daya tahan kesihatan badan.
Oleh itu, jika anda dapati anda letih selepas seks, ia perkara biasa kerana penggunaan tenaga. Keletihan berkenaan satu kebaikan dan seks jelas aktiviti sihat selain menyegarkan kedua-dua pihak.
Tuhan memberi anggota kelamin itu untuk kebaikan individu. Ia akan kelihatan segar dan besar apabila kerap digunakan.
Jika tidak digunakan, ia akan kelihatan kecil dan kurus manakala jika lama tidak digunakan, ia menjadi tidak berguna.
Jika kerap digunakan, ia aktif dan mudah berfungsi. Seks dalam perkahwinan adalah satu hikmah yang memberi manfaat kepada pasangan.
Seks jika tidak dimanfaatkan memungkinkan jangka hayat pasangan menurun. Mereka mudah mengalami penyakit kemurungan.
Daya kekuatan badan dan fizikal akan merosot selain mengalami penyakit kronik yang menekan.
Oleh itu, jika anda dan pasangan masih mampu melakukan hubungan seks, kesihatan anda berdua akan cemerlang selalu.
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 1:18 PTG 1 ulasan:
Label: Hubungan Seks, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Jumaat, 31 Oktober 2008
Sukar Buat Seks Dengan Isteri
SOALAN :
Saya baru mendirikan rumah tangga. Saya memiliki zakar berukuran panjang 16 sentimeter (sm) dan ukur lilit 12 sm. Masalahnya sekarang, kami sukar memulakan hubungan kerana zakar saya susah untuk dimasukkan. Apakah kerana saiz zakar saya atau mungkin saiz isteri saya menyebabkan masalah ini?
Hatta
Kluang
JAWAPAN
Zakar berukuran sederhana seperti 10 sm ketika erek dan 10 sm ukur lilit juga sukar disalurkan ke dalam faraj jika wanita itu tidak memberi kerjasama seperti melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut, sebaliknya melonggarkan dengan mengembangkan otot pembukaan faraj.
Malah dalam keadaan seriau, proses rangsangan anggota sulit perempuan tidak membina. Tisu pengembang anggota sulit wanita menjadi kurang elastik dan kekurangan bahan pelicin atau kelembapan faraj menjadikan sukar menyalurkan zakar yang erek ke dalam faraj.
Jika wanita itu dapat rangsangan mencukupi dengan anggota sulitnya mengembang dan bibir besar dan kecil lega dan meluas sambil wujud lelehan dari pembukaan faraj, mudah untuk zakar yang erek itu masuk.
Sama juga dengan zakar yang berukuran seperti anda. Jika anggota sulit perempuan mengembang dan lelehan cecair mencukupi, ia mudah masuk. Sedangkan bayi yang besar itu boleh keluar, inikan pula zakar yang jauh lebih kecil berbanding bayi.
Guna banyak bahan pelembap dan pastikan pembukaan faraj lega dan terdedah. Sekali sudah masuk, lain kali akan jadi biasa saja.
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 11:24 PG 4 ulasan:
Label: Hubungan Seks, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Selasa, 15 Julai 2008
Isteri Lambat Klimaks
SOALAN:
Saya baru berkahwin semula selepas lama menduda. Menggunakan pengalaman sedia ada, saya menjalin hubungan intim bersama isteri baru.
Bagaimanapun, isteri saya lambat klimaks. Soalan saya, adakah produk atau ubat untuk mempercepatkan klimaks wanita?
Lan,
Kuala Lumpur
JAWAPAN:
Seperti lelaki, wanita mempunyai anggota kelamin yang sensitif kepada sentuhan dan boleh membangkitkan syahwatnya.
Wanita juga dianugerah Tuhan beberapa tempat bahagian tubuh badannya yang boleh mengghairahkan jika tempat itu dirangsang seperti payu dara, puting, ketiak, leher, lidah dan mulut.
Dalam keadaan terangsang, anggota sulit wanita mengembang, corong faraj melega dan lelehan keluar dari faraj, yang menandakan anggotanya bersedia menjalin hubungan intim.
Sudah tentu dalam keadaan bersedia itu serta belaian yang suami beri kepadanya, tahap rangsangan akan mendadak dan mencapai tahap kemuncak, maka akan berlaku klimaks.
Klimaks untuk wanita sangat cepat dan boleh berlaku berkali kali. Jika wanita itu takut, risau dan tidak dapat belaian yang diinginkan, tentu dia tidak mencapai kemuncak kerana tiada rangsangan atau rangsangan tidak sampai kemuncak kerana gangguan.
Yang mustahak ialah anda menambah belaian dan sentuhan intim supaya dia rasa ghairah dan memudahkannya mencapai kemuncak apabila anda melakukan seks penetratif.
Wanita mudah mencapai klimaks dengan geselan klitoris dan posisi seperti wanita di atas dapat memudahkannya mencapai klimaks.
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my
Dicatat oleh Pak Lang di 9:48 PG Tiada ulasan:
Label: Isteri Lambat Klimaks, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Sabtu, 26 April 2008
Gejala Tiga
SOALAN:
Saya berusia 18 tahun dan mempunyai tiga buah zakar. Adakah ini satu ketumbuhan yang mendatangkan penyakit atau menjejaskan kesihatan saya?
Ingin Tahu,
Kuala Lumpur
JAWAPAN:
Jika ada tiga buah zakar, memang anda hebat kerana dapat menghasilkan banyak benih, tapi perkara sebegini tidak wujud. Bayangkan wanita mempunyai tiga buah dada, memang ada. Namun dua ovari tidak wujud.
Sebenarnya banyak lelaki keliru mengenai kandungan dalam kerandut buah zakar. Kandungan yang jelas ialah sepasang buah zakar, jika kedua-dua buah itu ada dalam kerandut.
Ada kala, hanya satu buah zakar kerana buah lagi satu terkandas ketika dalam perjalanan turun dari perut ke dalam kerandut.
Untuk memeriksanya, lelaki akan terasa ketulan atau gumpalan di belakang buah zakar dan bahagian ini dikenali sebagai pundi epididimis. Pundi ini sebenarnya bukan ‘pundi’, ia gumpalan salur memungut sperma daripada buah zakar.
Kadangkala, pundi ini besar dan ada kalanya ada ketulan seakan ‘buah zakar’ yang sebenarnya cista atau ketulan mengandungi cecair dari pundi epididimis.
Ini yang biasanya dikaitkan dengan ‘buah zakar’ ketiga. Cista ini kekal dan boleh membesar dan kadangkala boleh mengecil.
Yang mustahak ialah menjalani pemeriksaan doktor. Jika perlu, doktor akan cadangkan pemeriksaan imbasan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk pengesahan kerana memang lelaki tiada tiga buah zakar!
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my
Dicatat oleh Pak Lang di 11:34 PG Tiada ulasan:
Label: Buah Zakar, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Risau Alami Kelenjar Prostat
SOALAN:
Adakah seorang lelaki yang berkahwin empat tahun tetapi sudah setahun tidak bersama isterinya kerana masalah tertentu boleh mendapat sakit kelenjar prostat? Bagaimana cara untuk mengelaknya?
Zetty,
Simpang Pulai, Perak
JAWAPAN:
Pundi prostat lelaki berbentuk seakan-akan kacang walnut dan ia ada di depan pundi kencing, ditembusi salur kencing dan terbuka dalam salur kencing untuk menghasilkan sebahagian besar daripada air mani.
Fungsi mutlak pundi ini ialah menghasilkan 70 peratus air mani. Pundi prostat mengembang ketika lelaki mengalami rangsangan seksual dan jika lelaki itu tidak klimaks, pundi prostat akan kekal kembang seketika dan boleh mengakibatkan lelaki itu mengalami tekanan kepada pundi dan salur kencing yang menyebabkannya terasa hendak kencing, walaupun dia baru membuang air kecil.
Apabila pengembangan pundi prostat lega, lelaki itu akan rasa lega. Pundi prostat boleh mengembang dan mengeras apabila lelaki lanjut umur.
Jika ini berlaku, tentu salur kencing dan bahagian penghujung pundi kencing tertekan dan lelaki itu kerap membuang air kecil dan memakan masa lama untuk mengeluarkan air kencing, selain rasa kencing tidak lawas atau tidak lancar.
Keadaan ini berkemungkinan besar disebabkan pundi prostat membengkak dan perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Bengkak pundi prostat hanya berlaku kepada lelaki lanjut usia. Kemungkinan ia berlaku dalam umur 50 ialah 1:5 dan selepas 60 tahun 1:2/3. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika masih muda.
Bagaimanapun, simptom bengkak pundi prostat dalam umur muda ada kaitan dengan keradangan pundi prostat akibat jangkitan. Jarang kebengkakan pundi prostat akibat tidak bersetubuh.
Jika lelaki itu ada perasaan syahwat dan tiada kelegaan iaitu tidak melakukan hubungan seksual, ini tidak mengakibatkan pundi prostat itu tertekan. Malah, jika berlaku tekanan syahwat, ejakulasi boleh berlaku ketika dalam tidur iaitu melalui mimpi.
Jadi tiada kemungkinan pundi prostat boleh bengkak jika tidak melakukan persetubuhan. Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam keadaan terangsang, memang buah zakar dan pundi prostatnya berasa kurang selesa.
Bagaimanapun, keadaan ini akan reda tanpa membuat apa-apa.
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my
Dicatat oleh Pak Lang di 11:29 PG Tiada ulasan:
Label: Prostat, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Rabu, 16 April 2008
Ingin Timang Anak Cepat
SOALAN:
Saya berusia 31 tahun dan berkahwin dengan suami yang berusia 34 tahun pada 10 Februari 2008. Kami kerap ‘bersama’ setiap kali ada peluang kerana berhasrat menimang cahaya mata secepat mungkin, tetapi saya masih belum hamil.
Saya risau mengenai umur saya dan suami yang sudah lanjut. Mungkinkah seorang daripada kami mempunyai masalah atau kami perlu mencuba untuk beberapa bulan lagi?
Vani,
Bandar Putra Permai, Selangor
JAWAPAN:
Saya faham perasaan puan suami isteri untuk menimang cahaya mata secepat mungkin memandangkan anda berdua kahwin lewat. Apa yang anda lakukan, iaitu kerap melakukan persetubuhan, adalah tepat sekali.
Anda perlu teruskan usaha untuk beberapa bulan lagi dan jika dalam enam bulan tiada apa-apa perubahan, anda berdua perlu menjalani pemeriksaan awal kesuburan.
Jika anda tunggu lebih lama, saya khuatir tahap kesuburan semula jadi anda akan merosot secara ketara memandangkan anda sudah masuk umur lebih 30 tahun.
Beberapa perkara perlu dilakukan untuk memastikan anda benar-benar mencuba untuk mencapai kehamilan.
Anda perlu kerapkan hubungan kelamin pada waktu subur anda yang bermula dengan kemunculan lendir macam putih telur yang belum masak.
Ia keluar beberapa hari selepas haid anda kering. Anda perlu kerap bersama sehingga anda dapat rasa imbasan sengal pada paras ari-ari anda yang menandakan ovulasi.
Jika anda merasainya, anda masih boleh lakukan persetubuhan untuk beberapa hari lagi kerana telur yang keluar itu dapat bertahan antara 24 hingga 36 jam. Selain itu, anda perlu pastikan setiap kali bersetubuh, air mani suami tidak keluar secara banyak dari faraj anda.
Untuk tujuan itu anda perlu legakan kemut atau tidak mengemaskan faraj selepas selesai seks. Jangan rapatkan paha dan kekalkan posisi kangkang seketika dan terus tidur tanpa pergi ke bilik air untuk mencuci anggota sulit.
Anda juga boleh lakukan posisi seks yang selesa dan yang boleh mengekalkan air mani dalam faraj, seperti posisi suami di belakang anda.
Dalam posisi ini, anda perlu lakukan depan dulu dan selepas selesai baru menonggeng dengan kepala di bawah dan punggung di atas, secara menyujud dan suami masukkan ereksinya dari belakang.
Apabila selesai, anda jangan kemut dan kekalkan posisi untuk 5 hingga 10 minit dan lepas itu boleh tidur mengiring. Posisi dari belakang sesuai untuk wanita yang memiliki rahim ‘terbalik’ atau posisi rahim ke belakang.
Lakukan hubungan seks dengan mengingati bahawa jangan biarkan ada limpahan air mani keluar, jika keluar pun, biar sedikit saja.
Jika masih tidak berhasil selepas mengusahakan semua ini untuk beberapa bulan, buat temujanji dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Untuk permulaan, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk suami dan ujian darah untuk puan bagi mengenal pasti kemampuan suami menghasilkan sperma yang mencukupi, aktif dan berbentuk normal dan kemampuan anda menghasilkan telur.
Jika kedua-duanya normal, pemeriksaan susulan akan dilakukan kepada anda. Jangan lupa berdoa kerana yang mengizinkan kehamilan itu hanya Tuhan, kita hanya merancangnya.
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my
Dicatat oleh Pak Lang di 4:23 PTG Tiada ulasan:
Label: Hamil, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Jumaat, 4 April 2008
Tindik Ikut Aliran
SOALAN:
Rakan saya memberitahu, dia menindik kemaluannya kononnya mengikut ‘trend’. Bolehkah doktor jelaskan apakah kesannya dan tidakkah ia mempunyai kesan negatif terhadap alat kelamin?
Hasrul
Johor Bahru, Johor
JAWAPAN:
Menindik kemaluan ialah perbuatan aneh. Ia mungkin pelik bagi sesetengah pihak tetapi untuk mereka yang berminat dan suka perkara itu, ia sesuatu yang menyeronokkan dan mungkin menggembirakan.
Hiasan badan itu dikenali sebagai ‘intimate jewellery’ yang biasa diamalkan suku kaum purba dan mungkin kini kembali sebagai fesyen atau trend terkini.
Berdasarkan pendapat ahli perubatan, penggunaan hiasan kepada bahagian kemaluan boleh meningkatkan lagi kemungkinan mendapat jangkitan hubungan kelamin kerana kecederaan boleh berlaku akibat geselan hiasan kepada kulit kemaluan.
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 10:36 PG Tiada ulasan:
Label: Soal-Jawab Dr Ismail Tambi, Tindik Zakar
Rabu, 2 April 2008
Bengkok Ganggu Fikiran
SOALAN:
Saya lelaki berusia 25 tahun. Anggota sulit saya bersaiz normal, tetapi bagi saya ia besar.
Soalan saya ialah, apabila menegang, ia tidak ke atas, sebaliknya membengkok ke bawah. Adakah kemaluan saya tidak normal dan mampu mengganggu prestasi ketika melakukan hubungan intim?
Insan Binggung
Tanah Rata, Pahang
JAWAPAN
Apabila lelaki mencapai ereksi, keseluruhan zakarnya membesar dan penghujungnya mengembang, terutama jika melakukan kemut atau mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing.
Ketika itu ereksinya mendongak ke atas sedikit, kecuali lelaki yang mempunyai zakar yang panjang dan besar, akan kelihatan melengkung ke bawah. Ia adalah normal.
Ketika ereksi berlaku, baru lelaki itu tahu jika ereksinya lurus, bengkok, kecil atau besar. Barangkali anda melihat anggota sulit dari atas, oleh itu ia kelihatan biasa atau sederhana walaupun ia besar.
Memandangkan ereksi hanya berlaku apabila darah banyak masuk ke dalam otot zakar dan kekal di dalamnya, selagi darah kekal dan perasaan ghairah itu berterusan, ereksi akan berkekalan.
Jika tidak, ia akan mengendur dan kadangkala berlaku dengan cepat. Justeru, kedudukan ereksi lelaki tidak sama setiap hari atau setiap masa.
Kadangkala ereksi mantap kerana tahap keghairahan sangat tinggi dan kurang mantap apabila rangsangan kurang dan tahap keghairahan biasa.
Anda tidak perlu risau. Apabila sampai masanya nanti, ereksi anda akan berfungsi mengikut keadaan.
Kemaluan anda mungkin membengkok akibat penghujung zakar yang besar dan berat.
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 9:30 PG Tiada ulasan:
Label: Soal-Jawab Dr Ismail Tambi, Zakar Bengkok
Khamis, 13 Mac 2008
Saya berusia 53 tahun dan mengidap diabetes, sudah beberapa tahun zakar saya tidak boleh mengeras sepenuhnya dan terpaksa menggunakan getah untuk mengikat pangkal zakar bila nak berjimak dengan isteri. Power ring doktor tidak berkesan kerana tak cukup ketat cengkamannya. Apa produk yang doktor syorkan?
ReplyDeleteSaya berusia 53 tahun dan mengidap diabetes, sudah beberapa tahun zakar saya tidak boleh mengeras sepenuhnya dan terpaksa menggunakan getah untuk mengikat pangkal zakar bila nak berjimak dengan isteri. Power ring doktor tidak berkesan kerana tak cukup ketat cengkamannya. Apa produk yang doktor syorkan?
ReplyDelete