Wednesday, 18 September 2013

Kekerapan Hubungan Kelamin

SOALAN:
Dr Ismail Thamby Pakar Sakit Tuan
Berapa kali hubungan seks yang disyorkan dalam seminggu? Adakah kekerapan melakukan seks ketika usia muda memberi kesan apabila berumur 40-an nanti? Saya dan suami melakukan seks paling kurang sekali setiap dua hari, adakah itu normal?

Isteri,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Manusia boleh melakukan seks pada bila-bila masa, iaitu tiada waktu tetap, sebaliknya ikut kesukaan pasangan berapa kerap yang mereka mahu.

Kata orang, ‘tepuk dada tanya selera’, dalam pandangan Islam hubungan keintiman seksual hanya untuk mereka yang berkahwin dan ia satu ibadah yang memberi ganjaran pahala, selain nikmat yang tidak terhingga nilainya. Lagi kerap dilakukan, semakin banyak ganjarannya.

Aktiviti itu membabitkan pergerakan tubuh badan dan otot ke tahap cergas, peningkatan pernafasan dan degupan untuk kesihatan jantung serta kelancaran darah yang cergas ke seluruh tubuh.

Ia juga merangsang pengeluaran kimia dalam badan seperti beta endorfin dan oxitocin yang mencergaskan badan, meningkatkan kecerdasan otak dan minda, mengurangkan tekanan serta memberi keceriaan kepada pasangan.

Oleh itu, anda boleh bayangkan betapa indah hubungan keintiman seksual dan jika anda muda dan memiliki kemampuan fizikal yang sempurna, tiada sebab kenapa anda tidak boleh menikmati hubungan seksual yang kerap.

Kekerapan yang saya maksudkan tertakluk kepada kemampuan anda dan pasangan. 

Sudah tentu kemampuan orang muda lebih tinggi daripada yang berumur. 

Mengikut Imam Al-Nawawi, anggota kelamin perlu digunakan selalu dan jika tidak, ia menjadi kecut dan tidak bermaya.
Dicatat oleh Pak Lang di 11:10 PG Tiada ulasan: 
Label: Hubungan Seks, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Khamis, 31 Januari 2008
Alat Sulit Terbenam Jika Lelaki Gemuk
SOALAN:
Kemaluan saya sering terasa kebas dan kadangkala seolah-olah tenggelam kebelakangan ini. Saya juga berasakan kemaluan saya mengecil dan memendek.

Saya berusia 37 tahun dan tidak mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks dengan isteri saya.

Zaidi,
Perlis

JAWAPAN:
Saiz dan bentuk zakar berubah mengikut bentuk badan lelaki itu. Lelaki yang gemuk tentu mendapati zakarnya seolah-olah terbenam dalam lemak tundun dan hanya kelihatan jika ereksi.

Ini tidak bermakna zakar itu kecil. Ketika bersama isteri, zakar yang terbenam itu masih mampu membesar hingga ke tahap saiz sebenarnya kerana kekerasan otot zakar mengekalkan saiz zakar.

Dalam keadaan terbenam dan tertekan oleh perut yang buncit itu, tentu zakar berasa kebas akibat tekanan perut kepada urat saraf dan jalanan darah. Apabila tekanan itu reda setelah lelaki itu menguruskan badannya, perasaan kebas itu akan reda.

Jika otot zakar tidak mantap, ereksi kelihatan mengecil dan saiz zakar tidak sampai ke tahap saiz sebenarnya. Ini biasa berlaku kepada lelaki yang membesarkan zakarnya melalui suntikan minyak cendana ke dalam isi zakar.

Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan doktor jika anda rasa perubahan kepada anggota sulit anda. Jangan menjalani rawatan daripada orang tidak bertauliah. Kaedah paling selamat untuk membesarkan anggota sulit ialah dengan alat Andropenis.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 9:50 PG 1 ulasan: 
Label: Alat Kelamin, Doktor Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Sabtu, 12 Januari 2008

1 comment:

  1. Sy nk tye...selepas sy melepas kn air mani kedalam kemaluan pasagn sy..hrus kah die membasuh air mani tu.....atau membiarkn....adakah kalau pasagan sy membasuh adakah skar utk mendapat zuriat??????

    ReplyDelete