Tuesday, 17 September 2013

Soal Jawab Bersama Dr Ismail Thamby (2)


Sering Alami Sakit Urat
SOALAN:
Saya selalu menghadapi sakit urat di celah paha dan punggung berdekatan buah zakar kiri. Apabila sakit, saya berasa kebas di bahagian badan sebelah kiri, seperti darah tidak berjalan lancar.

Mungkin masalah itu berpunca daripada kemalangan yang saya alami 15 tahun lalu. Ketika ini saya hanya berikhtiar dengan mengurut, tetapi belum sembuh.

Saya ada terbaca artikel mengenai varikosel. Saya risau kemungkinan saya menghidapi varikosel kerana sehingga kini belum memperoleh cahaya mata.

Salim
Gelang Patah, Johor

JAWAPAN:
Saya kesal apabila mendapati ada lelaki tidak mahu merujukkan masalah kepada doktor. Saya dapati wanita terbuka untuk merujuk kepada doktor jika mengalami masalah kesihatan.

Membaca untuk mendapat maklumat dan panduan mengenai kesihatan ada batasannya. Ia hanya dapat memberi sedikit gambaran mengenai masalah yang dialami.

Bertanya melalui telefon atau mencari maklumat melalui Internet juga bukan cara baik kerana maklumat yang didapati sangat terhad selagi tidak berjumpa doktor.

Menerusi maklumat yang anda beri, sukar untuk menentukan sama ada masalah anda kesan kemalangan atau penyakit gumpalan pembuluh darah ven, varikosel kecuali diperiksa.

Memang varikosel yang ketara memberi kesan buruk kepada kilang benih lelaki. Begitupun tanpa pemeriksaan, sukar untuk menentukan masalah sebenar.

Saya syorkan anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jangan dapat rawatan tradisional kerana takut akan memudaratkan masalah anda.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my
Dicatat oleh Pak Lang di 8:25 PTG 1 ulasan: 
Label: Sakit Urat, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Khamis, 6 Mac 2008
Mahu Potong Saluran Sperma
SOALAN:
Saya berusia 40-an dan ada tujuh anak. Isteri bersetuju membenarkan saya menjalani pembedahan vasektomi memandangkan kami tidak mahu lagi mendapat zuriat.

Soalan saya, di mana saya hendak mendapatkan rawatan itu, berapa hari diperlukan untuk sembuh dan kos pembedahannya jika dilakukan di hospital swasta?


Alexander Iskandar,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Vasektomi atau pembedahan pemotongan salur sperma lelaki ialah kaedah merancang keluarga untuk lelaki.

Pembedahan ini mudah dilakukan doktor yang menjalani latihan dan biasa dilakukan oleh pakar bedah atau pakar urologi.

Cara paling mudah untuk pembedahan itu ialah menggunakan bius am dan kulit kerandut buah zakar berdekatan salur sperma dipotong untuk mengeluarkan salur sperma. Ia dipotong dan diikat.

Kedua-dua salur sperma itu diikat dan selesai pembedahan, lelaki itu diberi 20 kondom untuk diguna ketika bersetubuh apabila dia sembuh.

Kemudian, ujian air mani dilakukan untuk mengenal pasti jika ada sperma lagi dalam air mani. Jika dua kali ujian air mani didapati tiada sperma, prosedur itu dianggap berjaya dan boleh melakukan persetubuhan tanpa was-was.

Kini kaedah pembedahan salur sperma atau vasektomi mudah tanpa menggunakan pisau melalui kaedah ‘non scalpel vasectomy’, tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh doktor yang menjalani latihan kaedah itu.

Anda boleh merujuk kepada mana-mana pakar bedah atau pakar urologi untuk menjalani pembedahan itu. Kos tertakluk kepada bayaran pembedahan, cara bius dan pelbagai perkara berkaitan. Ini boleh dirunding dengan pakar atau hospital.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 9:59 PG Tiada ulasan: 
Label: Doktor Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi, Sperma
Jumaat, 22 Februari 2008
Tumbuh Bintik Di Tempat Sulit
SOALAN:
Saya berumur 26 tahun dan ingin tahu mengenai biji halus di sekeliling sebelah atas takuk kepala zakar. 

Ia tidak menyakitkan dan tidak berbau, tetapi jelas kelihatan ketika zakar menegang dan terasa geli apabila digesel.

Am,
Tanjung Malim, Perak

JAWAPAN:
Bintik putih pada permukaan bahagian lekuk penghujung zakar ialah papila atau isi timbul.

Ia sebenarnya kumpulan urat sentuh saraf atau ‘nerve ends touch corpuscles’ yang ada di situ untuk menerima rangsangan ketika tersentuh atau dirangsang.

Dengan adanya kumpulan urat saraf ini, bahagian hujung zakar menjadi organ yang bertindak balas melalui sentuhan.

Apabila bahagian itu kerap disentuh dengan cara membelai, ia menjadi sensitif, responsif, segar dan terkawal, begitu juga sebaliknya.

Itu pandangan Imam Al-Nawawi, yang berpendapat, anggota sulit yang lama tidak digunakan menjadi lesu.

Oleh itu, lagi kerap digunakan, semakin ia sempurna.

Jika anda hendak pastikan bahagian itu sentiasa bersedia sensitif dan kawal sedia, saya syorkan anda menggunakan krim perapi anggota sulit yang dikenali sebagai ‘virile’ untuk lelaki.

Krim ini sudah dikaji dan didapati berkesan menyegarkan anggota sulit lelaki, membuatnya sensitif dan responsif.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 10:49 PG Tiada ulasan: 
Label: Pakar Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Selasa, 19 Februari 2008
Jimak Jamin Sihat

Kahwin Sepupu
SOALAN:
Saya berhasrat untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Adakah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi kurang cerdik? Bagaimana dari segi perubatan dan kesihatan?

JAWAPAN:
Bangsa Parsi dari India yang pernah mengamalkan perkahwinan antara sepupu tidak lagi berbuat demikian apabila mendapati banyak masalah kesihatan yang timbul kepada zuriat.Di Iran, Pakistan dan Mesir, perkahwinan sesama saudara dekat memerlukan peraturan ujian dan saringan kebakaan, manakala orang Cina pantang berkahwin dengan ahli keluarga atau sesiapa yang mempunyai nama keluarga sama.

Anda boleh dapatkan nasihat doktor sebelum berkahwin. Mungkin berdasarkan carta 'geneologi' atau struktur tatasusila keluarga dan keturunan anda dan pasangan.Doktor boleh melakukan ujian bagi mengenal pasti jika ada penyakit luar biasa atau kronik yang boleh dikaitkan dengan baka yang boleh menular kepada zuriat anda.

Tapi masalah kesihatan mental yang ringan tidak dapat dikesan dan perkara ini tidak pernah timbul dalam keluarga. Bagaimanapun, terpulanglah kepada anda. Jika ada jodoh, kata orang teruskan.
Dicatat oleh Pak Lang di 12:40 PG Tiada ulasan: 
Label: Kahwin, Pakar Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Rabu, 9 Januari 2008
Cara Lelaki Rancang Keluarga
SOALAN:
SAYA mempunyai dua anak dan mengandungkan anak ketiga kami. Sebelum ini, isteri saya pernah mengambil pil perancang tetapi setengah jalan.

Selain daripada mengambil pil perancang, adakah cara lain untuk merancang seperti bagi pihak suami?

Isman Ismail,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Wanita mempunyai banyak pilihan untuk merancang keluarga dan apa yang paling penting ialah kerjasama di antara suami dan isteri.

Penggunaan pil hormon adalah kaedah paling popular selain suntikan hormon dan susuk hormon, kaedah ADR atau pemasangan alat dalam rahim untuk merancang jangka panjang.

Bagi lelaki, terdapat kaedah merancang yang kurang berkesan seperti kaedah kalendar iaitu merancang bersetubuh waktu telur tidak keluar atau waktu 'selamat', serta penggunaan kondom setiap kali hendak bersetubuh.

Suami boleh cuba kaedah al-Azal, atau mengeluarkan ereksi sebelum pancutan air mani berlaku.

Bagaimanapun, ini memerlukan daya kawalan yang tinggi, tidak boleh berlaku keciciran air mani, kerana isteri boleh hamil walaupun tercicir dengan jumlah sedikit dalam faraj.

Sebagai langkah selanjutnya anda dan isteri juga boleh merujuk pada mana-mana klinik merancang keluarga kerajaan seperti Klinik Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau Klinik Ibu dan Kanak-kanak Kementerian Kesihatan.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Dicatat oleh Pak Lang di 11:31 PG Tiada ulasan: 
Label: Pakar Sakit Tuan, Perancang Keluarga, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Ahad, 30 Disember 2007
Mudah Melecet, Terkoyak
SOALAN:
Saya berusia 34 tahun. Masalah saya ialah, zakar melecet dan terkoyak apabila tegang dan tertarik ke bawah. Ini menjadi masalah kepada saya sebaik saja hendak berjimak. Terasa pedih bila ‘bersama’ isteri.
Masalah ini berlaku sejak empat bulan lalu, seolah-olah kulit zakar saya (di bawah kepala zakar) terlalu nipis dan sensitif apabila tertarik. Apakah masalah atau penyakit yang saya hadapi? Adakah rawatan untuk mengubati penyakit ini?

Zaidee, 
Pulau Pinang

JAWAPAN:
Untuk lelaki yang tidak berkhatan, kepala zakar terdedah keluar daripada kulit penghujung zakar yang menutupinya, iaitu kulop zakar, ketika lelaki mengalami ereksi. Jika kulop itu sempit, kepala zakar terperangkap atau tidak dapat keluar.

Jika ini berlaku, keadaan ini dikenali sebagai ‘Phimosis’. Cara pemulihannya ialah dengan berkhatan atau ‘Circumcision’. Jarang berlaku penghujung zakar tersepit ketika ereksi, walaupun individu itu sudah berkhatan dan bekas parutan mencengkam dan menyepitkan zakar.

Jika ini berlaku, mungkin dengan cara melembutkan parutan bekas berkhatan itu dapat memulihkan keadaan ‘tercekik’ berkenaan.

Caranya ialah menggunakan krim pelembut. Jika cara itu tidak berkesan, mungkin individu itu perlu berjumpa doktor untuk rawatan khusus.

Doktor boleh melegakan kulit yang keras itu dengan pembedahan plastik atau memotong kulit yang keras itu supaya ia tidak mencekik zakar.

Anda juga boleh jumpa saya di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bila-bila masa.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Dicatat oleh Pak Lang di 11:32 PG Tiada ulasan: 
Label: Pakar Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi, Zakar Tidak Normal
Sabtu, 29 Disember 2007
Sakit Kepala Selepas Hubungan Seks
SOALAN:
Saya sakit kepala yang teruk sehingga hampir pitam. Ia berlaku sebaik selepas melakukan hubungan seks.

Hanya selepas lima jam baru saya mampu bangun daripada tempat tidur. Walaupun begitu, kesan tidak selesa masih berpanjangan seharian. Dua hari berikutnya, saya melakukan onani dan sekali lagi diserang sakit kepala dan pening sebaik saja selepas ejakulasi.

Ini kali pertama saya mengalami serangan itu. Apakah masalahnya yang sebenar kerana saya berasa sangat runsing sekarang.

Zaid, 
Alor Setar, Kedah

JAWAPAN:
“Post climax headache’ atau pening dan sakit kepala selepas klimaks ialah satu fenomena yang boleh berlaku kepada mana-mana individu. Simptom yang mereka alami ialah sakit kepala yang amat sangat sebaik klimaks, sama ada hasil onani atau hubungan seksual.

Pening kepala boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.

Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.

Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas kepada otot dan perjalanan darah dalam kepala.

Jika perkara ini kerap berlaku walaupun anda cuba makan ubat, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan urat saraf atau Neurological.

Ini untuk menentukan sama ada sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.

Jika tiada dan semuanya normal, anda tidak perlu khuatir. Doktor boleh memberi anda ubat anti radang yang anda boleh makan sebelum bersama atau sebelum anda lakukan onani.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Dicatat oleh Pak Lang di 10:12 PG Tiada ulasan: 
Label: Hubungan Seks, Pakar Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Selasa, 18 Disember 2007
Dilema Pesakit Diabetis
SOALAN:
Saya penghidap diabetis dan kini berusia 50 tahun. Masalahnya ialah, saya masih bernafsu untuk melakukan seks dengan isteri tetapi zakar lambat tegang dan apabila tegang, air mani keluar cepat. Ini menyebabkan saya terasa kecewa. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini? Saya malu untuk berjumpa doktor.

Gaus,
Ipoh, Perak

JAWAPAN:
Ramai lelaki mengalami masalah lemah tenaga batin macam anda malu hendak berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Mereka lebih suka berjumpa tukang urut atau membeli ubat kuat.

Hanya selepas ada kesan sampingan yang teruk, baru mereka ‘berlari’ berjumpa doktor.

Penyakit diabetis atau kencing manis memberi kesan ketara kepada fungsi seksual lelaki dan wanita. Ini kerana tekanannya kepada urat saraf dan perjalanan darah. Untuk lelaki, mungkin peringkat awal ialah kegagalan mengawal ereksi kerana cepat kendur.

Sehubungan itu, setiap kali berlaku ereksi, mereka perlu segera memasukkan ke dalam faraj. Namun, jika masuk cepat dan tidak gerak cepat, ia akan kendur di dalam. Jika cepat gerak pula akan menyebabkan pancutan awal.

Ini yang berlaku kepada anda. Sekurang-kurangnya anda masih dapat ‘menembusi’ anggota sulit isteri. Namun, lama kelamaan mati pucuk pula akan menyusul. Jadi jangan diamkan diri. Jika belum jumpa doktor untuk rawatan kencing manis, baik lakukannya dan ikut nasihat doktor.

Jika dalam rawatan dan mengalami masalah ereksi, elok maklumkan kepada doktor. Mungkin doktor dapat bantu dengan memberi ubat ‘PDE-5 Inhibitor’ yang sesuai untuk melancarkan darah yang mencukupi dalam otot zakar, manakala jika hormon Testosterone kurang, doktor boleh beri hormon gantian.

Selain kaedah dijelaskan tadi, banyak lagi pendekatan untuk merawat ED atau mati pucuk. Namun jangan cuba ubat berdaftar sebagai racun yang hanya patut didapati daripada doktor atau melalui preskripsi doktor seperti Viagra, Cialis dan Levitra.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Dicatat oleh Pak Lang di 1:37 PG Tiada ulasan: 
Label: Pakar Sakit Tuan, Seks dan Diabetis, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Isnin, 17 Disember 2007
Cepat Sangat
SOALAN:
SAYA berusia 33 tahun, berkahwin kira-kira 10 tahun dan ada tiga cahaya mata. Masalah saya ialah, tenaga kelelakian saya kini tidak mampu bertahan lama setiap kali ‘bersama’ isteri sehingga mencapai tahap di mana saya terangsang tanpa diusik pun sehingga boleh mengeluarkan air mani. Adakah ini satu penyakit?

Razali,
Shah Alam, Selangor

JAWAPAN:
Ereksi berlaku apabila seseorang lelaki itu berhajat untuk berintiman dengan pasangan.

Rangsangan mental cukup untuk mencetuskan ereksi. Kadangkala ia berlaku tanpa rangsangan fizikal, termasuk secara spontan seperti ereksi yang berlaku pada awal pagi, ketika terjaga daripada tidur atau terasa hendak membuang air kecil.

Apabila rangsangan tiada lagi, ereksi menjadi kendur. Ketika zakar ereksi, ia dalam kawalan lelaki. Jadi dia boleh mengawal ereksi dengan mindanya serta mengawal tahap ereksi menggunakan otot lantai pelvis atau otot kemut dengan mengemut.

Dalam keadaan mengemut, seseorang lelaki mendapati ereksinya tegap dan sebaik melepaskannya, ia menjadi tidak padat.

Justeru, jika mahu ereksi padat, anda perlu biasakan perbuatan kemut itu sambil menyalurkan ereksi ke dalam faraj dan mendayung.

Memang sukar untuk kemut secara berterusan dalam keadaan biasa, tetapi dalam keadaan seperti terasa hendak kencing atau air besar, memang kita kena kemut selalu dan boleh pula dilakukan, dengan kadangkala sampai beberapa minit!

Jadi memang boleh melakukan kemut sambil bergerak secara terkawal dan melakukan gerakan mengikut kemampuan daya tahanan, baru ereksi itu dapat dikekalkan untuk jangka panjang mengikut kemampuan individu.

Yang mustahak ialah gerakkan ereksi secara menyorong dan menarik sedikit serta jangan melakukan gerakan tanpa mengeluarkan ereksi. Ereksi kekal dalam faraj dari awal sampai akhir.

Malah, jika berlaku klimaks, selagi kemutan itu tak dilegakan dan ereksi kekal, ia boleh didayungkan untuk beberapa ketika sehingga pasangan turut terasa puas.

Jika perlu, gunakan alat penambat ereksi, tetapi jika tidak selesa, tidak perlu gunakan. Ingat, semuanya dalam kawalan minda dan fizikal!

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Dicatat oleh Pak Lang di 2:07 PG Tiada ulasan: 
Label: Ejakulasi Awal, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi
Ahad, 2 Disember 2007
Organ Sulit Tidak Normal
SOALAN:
SAYA berusia 20 tahun dan mengalami masalah zakar termasuk ke dalam badan dan tidak kelihatan normal. Pada waktu pagi, zakar saya menegang secara tiba-tiba. Apakah masalah saya sebenarnya dan apa perlu saya lakukan? 

Joey, 
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Lelaki gempal sudah tentu mempunyai banyak lemak di bahagian tundun, menyebabkan anggota sulitnya kelihatan terbenam dan kadangkala tidak kelihatan langsung. Ini biasa bagi mereka yang bersaiz besar, terutama jika suka memakai pakaian dalam yang ketat.

Untuk pastikan zakar dan buah zakar tidak terbenam secara ketara dalam lemak tundun, lebih baik jangan berpakaian dalam langsung. Jika hendak pakai juga, pastikan yang longgar seperti ‘boxer shorts’.

Berikutan ereksi pagi anda masih kelihatan, anda tidak perlu khuatir mengenai kemampuan ereksi anda kerana ia masih kekal. Jika anda mahu kesihatan anggota sulit anda terus kekal dan mantap, jangan pakai pakaian dalam.

Selain itu, lakukan senaman secara berkala dan kawal makanan supaya lemak menurun dan tahap hormon Testosterone anda mantap dan ada pada paras tinggi mengikut usia anda anda.

Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok dan jangan minum minuman keras. Jika hendak pakai krim penjagaan kesihatan anggota sulit saya, syorkan krim Virile For Men. Itu saja krim yang diuji keberkesanannya.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

21 comments:

  1. selamat sejahtera doc..saya mempunyai masalah alat kelamin..sulu saya sering melakukan onani..setiap hari..dalam sehari lebih daripada dua kali..sekarang saya mempunyai masalah dengan alat kelamin saya..semasa ingin melakukan hubungan seks,alat kelamin saya lambat menegang..selain daripada itu,ia juga cepat kendur..alamat kelamin saya juga sekarang tidak mudah teransang bukan seperti biasa...mohon pendapat dari doc..thanks

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Gunakan krim penyegar Xgene formula Dr Ismail Tambi. Ia bagi menyubur alat kelamin lelaki.
    http://xgene-krim-lelaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sy mengalami urat yg tegang dan lenguh selas klimaks, x tahan sakit dibagian kaki, umur 38 taun..suri rumah

    ReplyDelete
  6. Sy mengalami urat yg tegang dan lenguh selas klimaks, x tahan sakit dibagian kaki, umur 38 taun..suri rumah

    ReplyDelete
  7. Adakah melakukan onani selama 20tahun lbih berisiko tidak dapat melakukan hubungan seksual dan apakah krim xgene boleh merawat jika bermasalah.

    ReplyDelete
  8. Saya rase telur saya tiada masalah, tp seolah2 ade telur satu lagi. Cme ianya lebih besar dan selalu rase senak di perut. Bila pegang bahagian kanan zakar, seolah2 terasa ade saluran yg besar. ape yg patot saya buat-umur 19

    ReplyDelete
  9. Dr...setelah anak pertama saya sudah berumur 14 tahun..hingga kini untuk mendapat anak ke dua sukar..bila saya check pada air mani...ada ketulan seperti jelly...apakah ini menghalang saya mendapat anak lagi...

    ReplyDelete
  10. Dr ade x ubt untuk org y pramatng..akibat broonani

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Dr ade x ubat u tuk org y pnah broonani...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Saya Pernah Bedah Jantung CABG Done In Oct.1999 Di- IJN .K.L. Menurut Doktor Pau Kiew Kong ( Pakar Jantung) Saya Tidak Boleh Makan Viagra Cialis & Livetra .Ia Nya Boleh Membengkakkan Saluran Urat Jantung Boleh Membawa Maut .Saya Hanya Onani Dapat Mengeluarkan Air Mani . Dulu Bekas Isteri Saya Mengandong Anak Lelaki Saya Dgn Cara Mengangkat Kedua2 Kaki Nya & Goncang Dlm Beberapa Saat & Saya Suruh Beliau Tidor Menyering 10Minit Kekanan & 10Minit Ke Kiri & Jgn Bangun Sampai Pagi - Selepas Premature Ejaculation Selepas 3 Tahun Beliau Tidak Mengandong . Selepas 9Bulan Dia Melahirkan Anak Tersebut Selepas 2Bulan Beliau Mintak Cerai Pada Tahun 1991 & 9Tahun Saya Menduda &Khawin Kali Kedua Tetapi Tiada Anak . Umur Saya Sekarang 64Tahun Dan Isteri 65Tahun( Khawin Lewat) Anak Lelaki Saya Sekarang Berumur 28Tahun & Menantu 23Tahun Ada Dua Orang Cucu Perumpuan Anak Saya Seorang Kapten Askar Tentera Darat . Saya Sudah Tidak Lalu Beronani Saya Nak Gadis Muda Yg Boleh Memberi Zuriat .Saya Seorang Pesara Kerajaan . Tinggal Di- Taman Pelangi Semenyih .Kali Ini Boleh Kah Saya Pakai Ubat SuperSpray Pada Zakar Saya Tampa Makan Viagra Melalui Mulut . Zakar Saya Sekarang Mengecut 1inci .Saya Pun Ada Makan Ubat2 Lain Seperti Menformin Gliclazide Resperidone Artane Inj.Fluanzol 30mg Sebulan Sekali Simvastatin Calcium Lactate Ostercap Tropisium Chloride & Lain2 .Saya Amat Memerlukan Nasihat Doktor Mengenai Masaalah Tersebut . h/p Saya 017-6906752 Atau 03-87273298 Atau 019-2933403(Isteri Puan Shima ). Saya Tidak Bersalah Masa Muda Saya Saya Dera Olih Keluarga & Di- Anaiyai Olih Kawan2 Di- Jabatan Laut Malaysia & Bekas JuruEngine Laut Kapal A7/A18/Pembantu Laut A17. Noise Induce Hearing Loss & Right Total Knee Replacement Failed Implant Sebanyak 3Kali- Diri Saya Bencana Perkerjaan . Saya Pernah Di- Beri Salah Ubat - Stelazine Largartil & Melleril Artane & Inj.Modecate 1cc. Saya Tidak Boleh Solat Seperti Orang Biasa . rosliibrahim05@gmail.com Terima Kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. email & gmail saya susah hendak di baca password tak boleh masuk . saya susah .

      Delete
  16. Salam..saya nak bertanya..saya mengalami masalah zakar x mahu menegang..tetpi saya mengunakan vigra..agsk ok..tetspi adakah ia mempunyai kesan sampingan..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  17. Salam doktr sy sdah 9 thun berumah tngga selma temph perkhwinan kami..smpai sekrang masih blom dapt zuriat..punca maslah cik suami tiada sperma..sekrang kami buntu masih ad hrapan lagi ke untuk kami dpt zuriat..minta tolong doktr jwb soalan saya...kami masih menghrap ad peluang untk kami😢

    ReplyDelete
  18. salam doktor..sy nk tahu apa kah punca yg menyebabkan bhgn hujung zakar sy iaitu berhampiran salur kencing terasa mcm nyilu seakan- akan terasa hendak terkecing.

    ReplyDelete
  19. apakah ubat utk mengatasinya...

    ReplyDelete
  20. Salam.. saya bakal berkahwin pada tahun hadapan namun saya masih risau dgn masalah cepat pancut yang saya hadapi.. dibahagian bawah kepala zakar saya adalah kawasan yang paling sensitive .. kadang kala dgn usapan saja boleh menyebabkan pancutan.. adakah ini masalah saraf atau mati pucuk.. tolong saya ..

    ReplyDelete