SOALAN:
sy seorg isteri dan ibu kpd 2 org anak...sy bkerja d agensi kerajaan (8jam waktu kerja) dan suami pula bkerja swasta (12 jam waktu kerja).
kami sama2 berusia 31 tahun,berkahwin di usia 24 tahun...
masalahnya
suami sy boleh dikategorikan sbg lemah batin..boleh dikatakan dalam sebulan hanya sekali sahaja sy berasa puas dlm berjimak sedangkan suami sy berasa puas setiap kali bjimak dgn sy..suami sy tidak mampu utk puaskan nafsu sy krn dalam 5 ke 8 minit shj sudah klimaks..
sy telah berusaha utk mgoda suami sy,pakai seksi dlm rumah,guna krim muka bg cantik dn mkn mcm2 supplemen utk kelihatan hebat di mata dia..tp dia masih begitu juga.hinggakan kdg kala sy terfikir utk curang kpd dia demi memuaskan nafsu sy,tp sy cpt2 istighfar dn sedar ini semua hasutan syaitan..
skrg ni sy dah mulai bosan..dia ada masa ke gym setiap malam utk cantikkan badan dia tp dia tk berusaha lgsg utk repair batin dia ustaz..
skrg ni sy tk bg dia sentuh sy krn sy takut jika nafsu sy da terangsang tetapi dia gagal utk memuaskan sy,sy takut blaku curang kpd dia...sy juga sudah tidak mahu utk berhias di depan dia krn tiada fungsinya...
apakah sy bdosa krn tidak benarkn dia sentuh sy utk mengelakkan sy drp blaku curang kpdnya? dan apakah dia juga bdosa krn membiarkan nafsu sy tergantung?
terima kasih
JAWAPAN:
DALAM kehidupan berumah tangga, setiap suami dan isteri ada hak dan tanggungjawab masing-masing yang perlu ditunaikan. Isteri bertanggungjawab untuk mentaati suami, manakala suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Tanggungjawab ini merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh kedua pihak, pihak yang tidak melaksanakan tanggungjawab akan menanggung dosanya atas sebab amanah Allah s.w.t. kepadanya telah diabaikan.
Bilamana si suami tidak mampu untuk memberi nafkah batin kepada isteri, wajib untuk si suami berubat dan mencari penyelesaian kepada masalah ini. Jika suami gagal juga untuk memberikan nafkah batin kepada isteri walaupun selepas berubat dan menggunakan pelbagai cara ( termasuk berusaha mengubati penyakitnya baik menggunakan cara tradisional dan moden ), si suami perlulah bertanya kepada isteri samaada perkahwinan ini perlu diteruskan / tidak. Jika isteri tidak ingin meneruskan perkahwinan, suami perlu melepaskan (menceraikan) isteri (dengan fasakh) dengan cara yang baik.
Dalam kes puan, saya mencadangkan agar puan :
- Mengenalpasti adakah suami puan benar-benar mati pucuk atau sekadar 'pancut awal' atau 'sensitif'. Mati Pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) ditakrifkan ?apabila seorang individu tidak berkebolehan memulakan atau mengekalkan ketegangan batang zakar (penis) yang secukupnya bagi melakukan hubungan seksual? (National Institute of Health, USA). Ini bermakna jika seorang lelaki tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar beliau ketika melakukan hubungan intim dengan isterinya, beliau telah dikatakan sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction.Seseorang lelaki boleh menghidap masalah ED di tahap yang minima, di mana suami tidak begitu tegang sehingga tidak memberi kepuasan pada isteri, atau berada di tahap sederhana iaitu tidak dapat mengekalkan ketegangan di sepanjang hubungan seksual itu atau di peringkat teruk di mana suami tidak boleh langsung menegangkan zakarnya ketika mahu memulakan hubungan seksual.
- Berbincang dahulu dengan suami puan, kerana suami mungkin tidak mengetahui masalah yang di hadapi oleh puan dengan menyangkakan puan sentiasa puas ketika bersama. Memandangkan isu "mati pucuk" merupakan masalah seksual yang sangat sensitif di kalangan kaum adam, dan kita pula tidak tahu adakah dia benar-benar mati pucuk maka disarankan agar puan menyusun kata dan berbincang secara berhemah tanpa mengecilkan hatinya / memalukannya / merendah-rendahkannya atau sekalipun menyindirnya. Seboleh-bolehnya carilah waktu yang sesuai untuk berbincang dengannya. Saya yakin jika perkara ini dapat dibincang dengan baik, suami puan dapat menerimanya dengan hati yang tenang. Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah luahan hati mengenai masalah yang puan hadapi (perlu diingatkan agar puan tidak bersifat judgemental dengan mengatakan suami mati pucuk kerana tidak semua lelaki senang dengan perkara ini). Puan perlulah berbincanglah dengan baik, telus dan bersifat terbuka.
- Jika perbincangan berjalan dengan baik, bekerjasamalah dengan suami puan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini samaada untuk berubat dari segi tradisional dan moden, bersukan dan ke gym juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina, menggunakan kaedah 'foreplay' sebelum mengadakan hubungan kelamin, mengamalkan tidur yang cukup dan pemakanan yang sihat, menggunakan alat bantuan sex atau lain-lain. Puan juga boleh menyarankan kepada suami untuk mencari penyelesaian dengan merujuk pakar sakit tuan / pakar perubatan Islam yang bertauliah seperti Dr. Ismail Thamby, Dr. Zubaidi atau Pusat Perubatan DarusSyifa' jika suami puan bersetuju. Mereka merupakan pakar yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah ini.
Pada masa yang sama, puan dinasihatkan tidak meneruskan hubungan dengan lelaki lain kerana masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana ia dilarang agama kerana termasuk dalam perlakuan maksiat kerana berlaku curang kepada suami. Ini kerana matlamat puan untuk memuaskan nafsu tidak menghalalkan cara. Jika boleh,elakkan meluahkan masalah ini di laman sosial / lelaki lain yang tidak dikenali / sahabat lelaki lain kerana pergaulan seperti ini akan menyebabkan berlaku dosa zina kerana dorongan syaitan agar puan untuk melepaskan nafsu di jalan yang tidak halal. Saya amat memuji puan kerana berjaya mengawal nafsu dengan cepat-cepat beristighfar dan bertaubat.
Berdosa menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks sekiranya tiada alasan yang dibenarkan syara'.
Cadangan tambahan kepada puan :
- Banyakkan solat hajat dan tahajjud kepada Allah s.w.t supaya segala urusan puan dipermudahkan.
- Jika mempunyai sebarang ,rujuklah pakar yang bertauliah dan tidak mengambil sebarang langkah yang boleh memudaratkan ikatan perkahwinan puan.
- Gunakan segala aset (kecantikan , sifat manja, lemah lembut) yang ada untuk berbincang dengan suami agar suami tidak marah dan melenting sebaik diberitahu perkara sebenar yang puan hadapi.
- Sekiranya puan terfikir untuk melakukan perkara yang tidak elok, cepat-cepat istighfar dan mohon taubat.
Di dalam kes puan, lakukan dan usaha yang terbaik dahulu, berdoalah dan bertawakkal kepadaNya. Jika boleh saya tidak mahu puan untuk fikir jalan terakhir iaitu penceraian memandangkan puan mempunyai anak kecil dan masih mempunyai hubungan yang baik dengan suami. Lagipula, masalah yang dihadapi puan tidaklah sampai ke tahap yang sangat kritikal dan masih boleh dikawal dengan perbincangan yang baik antara puan dan suami. Anggaplah masalah yang menimpa ini merupakan ujian dari Allah s.w.t kepada puan.
Ketika Allah rindukan kepada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian : " Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya " - HR Thabrani
Sekian, Terima Kasih,